Agong berkenan sempurna Sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur -Exco

- Advertisement -

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, sebagai salah satu mercu tanda Bandaraya Kuantan pelbagai usaha menaik taraf Stadium Darul Makmur dilaksanakan.

Stadium Darul Makmur dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada 30 September 1973.

Jelasnya, sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukan untuk menaik taraf stadium untuk fasa pertama.

“Fasa pertama membabitkan membaik pulih persekitaran stadium, menyediakan kemudahan asas seperti surau dan tanda serta cat baharu di bahagian luar stadium,

“Kini balapan stadium ini dibuka kepada orang ramai untuk beriadah setiap Isnin hingga Jumaat antara jam empat dan tujuh petang secara percuma dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat,

“Sambutan baik daripada orang ramai datang menggunakan balapan itu malah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam turut berkenan bersenam di Stadium Darul Makmur.” Katanya pada Isnin.

Katanya lagi,  sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini, pelbagai acara menarik diadakan termasuk persembahan artis terkenal.

Disamping itu, cabutan bertuah menawarkan hadiah sebuah kereta Perodua Myvi serta tiga motosikal.

Ujar Fadzli lagi, sempena sambutan tersebut akan diadakan program ceramah Agama yang akan menampilkan Sahibus Saadah, Ustaz Dato’ Hj Badu Shah bin Hj Alauddin, Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim dan Ustaz Mohd Hariri bin Hj Mohd Daud yang akan mengumpas tajuk Air Mata Palestin: Ujian Umat Akhir Zaman pada 23 November 2023 (Khamis), jam 8.00 malam di Stadium Darul Makmur.

 

 

 

 

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat