VIDEO: Lebih 57,000 Warga Asing Dianugerahkan Kewarganegaraan

KUALA LUMPUR – Sidang dewan rakyat hari ini dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara telah merekodkan 57,191 individu bertaraf permaustautin tetap atau pemegang kad MyPR telah dianugerahkan kewarganegara Malaysia dari 2008 hingga 30 September tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata pemohon yang sudah mendapat kelulusan masih perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk melalui proses angkat sumpah dan bayaran fi, sebelum Sijil Kewarganegaraan boleh dikeluarkan.

Tambahnya lagi seramai 57,191 individu bertaraf pemegang MyPR sudah diberi kewarganegaraan antara 2008 hingga 30 September lalu.

Berhubung pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN UMNO-Maran) sama ada ada warga asing yang tinggal melebihi tempoh akan diberikan kelulusan mendapat MyPR atau MyKad, Mohd Azis berkata mereka tidak akan dipertimbangkan.

“Warga asing yang masuk ke negara ini secara salah menggunakan lorong tikus tidak akan dipertimbangkan untuk diberikan MyPR.

“Jika mereka ini kita tangkap akan dihantar pulang ke negara asal.

“Mereka yang masuk mengikut proses yang sah serta tinggal dalam tempoh ditetapkan, ini yang kita pertimbangkan,” katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.