VIDEO: “Izzue Tak Mahu Berbincang Dan Cakap Dengan Kami” – Forteen

SHAH ALAM – Ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kumpulan tersebut di karpet merah sebelum bermulanya pentas akhir musim kelima Gegar Vaganza (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan para peminat mereka, malah ia turut menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu.

Tiga lagi ahli kumpulan itu beranggapan wujud salah faham kecil antara ahli kumpulan, namun tidak menyangka Izzue mengambil keputusan keluar tanpa berbincang dengan ahli yang lain.

One mendedahkan, perbalahan berkaitan isu pertukaran lagu tanpa perbincangan membuatkan penyanyi itu berkecil hati.

Menurutnya kejadian itu berlaku ketika Forteen menjayakan Parti Gegar Vaganza pada 15 November lalu apabila Izzue terkejut lagu yang dipersembahkan tidak seperti dirancang.

Tambah One lagi sikap ego penyanyi berkenaan tidak mahu berjumpa dan memberi ruang kepada mereka menjelaskan perkara yang berlaku.

“Dia tak bagi ruang kepada kami untuk bercakap. Selepas sedar dia kurang senang, saya ada berjumpa Izzue untuk minta maaf dan cuba berbincang.

“Saya cakap dengan nada yang lembut dia tidak mahu dengar. Adakah dia mahu saya datang melutut dan sujud baru dia boleh terima penjelasan kami? Cukuplah, saya dah penat, air mata saya dah habis menangis,” katanya dalam satu sidang media hari ini. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.