VIDEO: Pengunjung Terkejut, Terima ‘Pen Bible’ Ketika Sambutan Maulidur Rasul

SHAH ALAM – Tular di media sosial video lelaki terkejut apabila ada beberapa orang mengedarkan pen tertera ayat bible.

Lelaki yang dipercayai pengunjung Sky Bridge Langkawi dalam masa yang sama dilihat kecewa apabila tindakan itu dibuat pada hari Maulidur Rasul.

“Ini dia pada Maulidur Rasul dekat Sky Bridge Langkawi ada yang bagi kita pen ada ayat bible. Inilah, liberal konon,” katanya.

Terdahulu ekoran daripada tindakan pengedaran pen dan juga buku yang mempunyai ayat daripada bible, polis telah menahan empat warga Finland .

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan tangkapan itu hari ini berkata kesemua suspek, berumur antara 27 dan 60 tahun itu ditahan sepasukan polis untuk disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Kanun Keseksaan.

Polis telah memohon perintah reman ke atas kesemua suspek bagi meneruskan siasatan yang turut melibatkan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau memudaratkan, dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara dua dan lima tahun.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.