Najib Hairan Bank Negara & SSM Masih Tidak Siasat Dalang Harapan Coin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa hairannya di laman Facebooknya dan tertanya-tanya mengapa Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) masih lagi tidak melakukan siasatan berkenaan dalang Harapan Coin.

Memetik laporan Sinar Harian, Najib berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu mendedahkan dalang dalam skim tersebut seorang demi seorang termasuk individu yang memantau dan mengaudit Harapan Coin.

Najib turut membuat sedikit kajian mengenai pihak-pihak yang terbabit mengenai Harapan Coin dalam statusnya itu.

“Khalid Samad mengakui dia dan rakan-rakan terlibat dalam projek Harapan Coin. Bagus. Kita buat ulang kaji sedikit.

“Pertama, Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan.

“Kedua, Khalid Samad dalam video kata Harapan Coin yang rakyat beli, 30 peratus diberi kepada developer (pemilik skim), 30 peratus diberi kepada Amanah dan 40 peratus diberi kepada PH,” katanya.

Tidak terhenti di situ, Najib turut mengaitkan mata wang kripto itu dengan Lavida Coin yang disenaraikan antara 424 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan.

“Ingat Lavida Coin? Setahu saya, Bank Negara telah menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan. Ini termasuklah pengendali terbitan matawang kripto.

“Lavida Coin antaranya. Kini, Khalid Samad bersungguh-sungguh mahu Harapan Coin dilaksanakan.

“Belum pun dapat kelulusan, platform laman web dan penjualan telah aktif beroperasi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rakyat berhak tahu untuk menilai sendiri dan berwaspada dengan menteri dan kawan-kawan 30 peratus ini. – Suara.TV

 

5 thoughts on “Najib Hairan Bank Negara & SSM Masih Tidak Siasat Dalang Harapan Coin

  • November 21, 2018 at 1:44 pm
    Permalink

    Rakyat pun heran juga bila kes kau habis?? Byk heran lambat??
    Nk tgk juga penjara mana tempah?? Heran duit juta2..dln rumah juta2 ..heran byr jamin juta2 heran lah?? Songlap ribu juta?? Heran betul mana ambil duit byr jamin? Harta 1mdb mana pegi?? Heran … kau tk heran ke??
    .

    Reply
  • November 21, 2018 at 1:46 pm
    Permalink

    Heran lagi pesalah sprm tk pakai baju jingga?? Tk heran ke?? Tk kira sapa pesalah pakai jingga lah baru nampak?? Kau malu ke pakai jingga?? Heran napa kau tk heran?? Jingga..jingga..jingga..

    Reply
  • November 21, 2018 at 1:49 pm
    Permalink

    Pesalah pakai jingga?? Kau sapa tk pakai?, segan ke malu?? Curi rompak tk malu lak?? Heran byk sgt kes kau?? Kau tk heran ??pelik la kau tk kisah??

    Reply
  • November 21, 2018 at 1:52 pm
    Permalink

    Pesalah pakai jingga?? Kau sapa tk pakai?, segan ke malu?? Curi rompak tk malu lak?? Heran byk sgt kes kau?? Kau tk heran ??pelik la kau tk kisah??
    Khianat rakyat yg undi dulu?? Tk perlu dikasihan!! Biar kau rasa ??? Tamak haloba khianat takbur bongkak angkuh sombong bodoh …tak heran ???

    Reply
  • November 21, 2018 at 1:54 pm
    Permalink

    Mual muak meluat…??
    Benci ….rakyat sokong PH amanah tiada rasuah????,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.