VIDEO: Lelaki Didakwa Provok Promoter Bir Mohon Maaf, Hentikan Isu

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki bertindak cuba memprovok seorang promoter minuman keras di sebuah pasaraya.

Menerusi video berdurasi 1:01 lelaki itu tidak berpuas hati apabila sebuah pasaraya Giant yang tidak dinamakan lokasinya mempromosikan minuman keras dengan strategi memberikan sampel minuman kepada pelanggan.

Lelaki itu berpendapat bahawa strategi itu tidak sesuai digunakan dipasaraya itu dan berlaku pertelingkahan di antara mereka berdua.

Namun lelaki bernama Syafiq Sunny itu walaubagaimanapun 10 jam lepas memuat naik di Facebook peohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya kepada promoter minuman keras itu.

Beliau dalam masa yang sama menyeru agar isu itu tidak dipanjangkan dan tidak disensasikan.

“Saya yang dikenali sebagai Eddy Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan kepada promoter perempuan tersebut saya akui kesalahan saya dan amat menyesal terhadap tindakan saya.

“Saya harap isu ini tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak memandangkan saya telah bertemu dnegna Lim Lip Eng Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias ​​mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.