ICERD: Kalau PM Tak Noktahkan, Bimbang Ramalan Ahli Nujum Wanita Thailand Jadi Kenyataan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu membuka mulut dan menjelaskan isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Parlimen, kata Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi seperti dalam laporan Sinar Harian.

Ini kerana kata Puad, perbezaan kenyataan yang dibuat oleh PM dan beberapa menteri dibawahnya sudah mengelirukan rakyat dan dibimbangi ramalan seorang ahli nujum wanita di Thailand mengenai akan berlaku kekecohan di Kuala Lumpur bersabit isu ICERD bakal menjadi kenyataan.

Malah, Puad memberitahu harapan kerajaan memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy untuk menangani dan menjawab isu ICERD dilihat gagal sama sekali berikutan kerap memberikan jawapan yang mengelirukan.

“Kalau PM tidak buat arahan Full stop (noktah) kepada ratifikasi ICERD, dibimbangi ramalan ahli nujum wanita daripada Thailand kononnya akan berlaku rusuhan besar di Kuala Lumpur bulan Disember nanti akan menjadi kenyataan?

“Waytha (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy) memang gagal. Jawapan beliau di Parlimen mengelirukan rakyat. Lagi pun ada perbezaan pendirian antara PM dengan menteri.

“Di sidang Apec (Persidangan Ekonomi Asia Pasific), Tun M kata ICERD mustahil dilaksanakan kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan. Ia memerlukan majoriti 2/3. Tetapi Waytha kata tidak perlu. Ia tidak melibatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. PM cakap lain, Waytha lain, Anwar lain, Ketua Pemuda AMK lain dan menteri agama pun cakap lain,” kata Puad.

Selain itu, Puad turut mempersoalkan tujuan PM melengahkan menangani isu ICERD ini.

“Apakah PM sengaja membiarkan isu ini dipolimikkan sebagai escapism? Hanya akan terjawab kalau PM yang cakap di Parlimen dan beri kata dua kepada Waytha supaya hentikan “Roadshow kosultasi” yang mahu dilaksanakan,” katanya.

Bahkan, Puad juga membangkitkan isu tujuan Waytha dilantik sebagai Menteri yang menjaga perpaduan di negara ini dengan memberi contoh kejadian yang pernah dibuat oleh kerajaan sendiri ketika berkuasa di Selangor.

“Di Parlimen Waytha menjelaskan, kenyataan di Belanda itu ditujukan kepada Kerajaan BN dulu. Bukankah daripada 61 tahun pemerintahan BN itu, Tun M menjadi PM selama 22 tahun dan tiga tahun sebagai TPM.

“Waytha kena lebih spesifik, berapa banyak kuil yang dirobohkan dan berapa ramai orang India yang dipaksa memeluk Islam selama 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri.

“Ada ke tak ada? Apa tindakan Waytha, sejak PH memerintah Selangor dari 2008, hampir 22 buah kuil Hindu telah dirobohkan. Apakah itu diskriminasi kaum?” – Suara.TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.