Harga Saham 20 GLC Jatuh Sejak PH Berkuasa – Najib

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak mendakwa harga saham 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyusut antara 2 hingga 63%, sejak Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selepas memenangi pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bekas perdana menteri itu mendakwa keyakinan pelabur terhakis akibat langkah tidak bijak kerajaan PH dan ekonomi semakin merosot selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Pelabur asing sudah menambah pelaburan mereka di dalam Bursa Malaysia sebelum PRU14, tetapi tarik keluar pelaburan mereka hampir setiap bulan.

“Pengaliran masuk tiba-tiba berubah kepada pengaliran keluar. Sebanyak RM14.2 bilion dana pelaburan asing sudah keluar dari Bursa Malaysia sejak Mei sehingga kini.

“Indeks Bursa Malaysia juga jatuh sebanyak 200 mata berbanding bulan sebelum PRU14,” katanya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa harga saham paling terjejas kebanyakannya ialah GLC.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kerana pemegang saham terbesar GLC ialah tabung simpanan rakyat serta kerajaan, seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji.

“Berdasarkan jumlah saham yang dipegang mereka, kejatuhan harga saham Telekom Malaysia sahaja menyebabkan Khazanah rugi RM3.9 bilion, KWSP rugi RM2.5 bilion dan ASB (Amanah Saham Bumiputera) rugi RM1.8 bilion berbanding sebelum PRU14.

“Saya perhatikan juga kebanyakan harga unit amanah (unit trust) yang diurus pelbagai institusi kewangan swasta dan kerajaan telah jatuh. Ada yang jatuh 5% dan ada yang jatuh sebanyak 25% berbanding permulaan tahun ini.

“Satu contoh ialah nilai satu unit ASN (Amanah Saham Nasional) yang diurus oleh PNB. Harganya jatuh 13% daripada 0.785 sen kepada 0.68 sen hari ini.”

Najib berkata, kejatuhan harga saham GLC ialah petanda dividen ASB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji tahun ini mungkin lebih rendah berbanding tahun lepas.

“Sudah tentu dividen KWSP untuk tahun ini akan jauh lebih rendah daripada kadar 6.9% yang diberi tahun lepas, iaitu kadar tertinggi selama 20 tahun.

“Harga minyak dan kos sara hidup tak turun, tetapi harga saham dan nilai simpanan rakyat yang turun?” soalnya. – FMT

One thought on “Harga Saham 20 GLC Jatuh Sejak PH Berkuasa – Najib

  • November 21, 2018 at 1:35 pm
    Permalink

    Saham jatuh bukan salah PH?? PH wibawa jujur amanah tiada rasuah??? Bukan mcm kau dgn kuncu2 dulu..songlap duit negara ?? Saham susut sbb kau angkaranya?? 1mdb..scorpene..nfc..kapal layar..felda..felcra..tanah..panel solar..TH..byk lagi skandal akan jelma?? Tnggu je?? Kroni2 kuncu2..betapa tamak haloba khianat nya korang dulu2.?? Apa pedoman kau?? Korup rasuah no1??tkde maruah punya org? Org miskin hina pun tk sanggup lakukan khianat terhadap rakyat dan negara sendiri??? Sumpah jawatan kau baca ke tak?? Ikrar sumpah jwtan kau faham ke? Kenapa sanggup tipu bohong samun duit rakyat?? Sbb banyak bomoh kau pun jadi bahlol tongong?? Hari2 tipu bolih lelap mata ke?? PH bijak rampas kerajaan dulu yg terkenal korup rasuah ?? Malu la sikit woi?? Tkde maruah ke??
    Rakyat mual muak meluat menyampah benci muntah kotor jijik najis tgk korang2 semua?? Jamin juta..curi ribu juta..duit tu nk bawa mana?? Byr jamin dapat mana? Duit gaji ? Rakus kejam zalim kukubesi tu la kau?? Biar rengkok dlm penjara seumur hidup kau dn semua terlibat tnpa ampun sampai bila2 biar jadi sejarah..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.