Datuk Neelofa Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed meninggal dunia pada Selasa yang juga hari ulang tahun keputeraan dan kewafatan Nabi Muhammad SAW mengikut kalendar Islam iaitu 12 Rabiulawal 1440.

Berita sedih itu dikongsi pengurus pengacara program MeleTOP itu, Shawn Amer kira-kira pukul 11.20 malam di Instagram.

“Salam takziah buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk (abah) beliau yang tersayang.

“Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah,” katanya.

Neelofa menerusi InstaStory turut memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.

“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.

“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.

Rata-rata peminat pelakon drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 hari ini mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar seluruh keluarga Neelofa kuat dan sabar.

Sebelum ini, menerusi laporan mStar Online pada 16 November lalu, abang ipar kepada Neelofa iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu datuknya sedang berada dalam keadaan uzur di Kelantan.

Bagaimanapun, Sharnaaz berpesan agar tidak ada mana-mana pihak bertanya mengenai sakit yang dihadapi Allahyarham datuknya itu ketika itu.

Neelofa juga pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya itu sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti. – mstar

One thought on “Datuk Neelofa Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.