Carlsberg Tak Akan Panjangkan Isu Lelaki Provok Promoter

KUALA LUMPUR – Carlsberg Malaysia memberi jaminan tidak akan memanjangkan isu promoter wanita di pasaraya yang diprovok seorang lelaki dikenali sebagai Eddy Rejang baru-baru ini.

Kenyataan oleh Pengarah Urusan Carlsberg Lars Lehmann berkata demikian merujuk kepada rakaman seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang promoter syarikat itu yang menawarkan perasa percuma di bahagian tidak halal di sebuah pasar raya baru-baru ini.

Jelasnya lagi, promosi minuman keras oleh Carlsberg dalam negara ini hanya dikhususkan kepada orang bukan Islam yang melepasi had umur.

“Kami menghormati keputusannya untuk tidak melanjutkan hal ini. Dia menghargai galakan dan sokongan yang diterima daripada semua pihak,” katanya.

Katanya lagi, promoter itu meminta orang ramai menghormati ruang peribadinya dan tidak menyebarkan rakaman, gambar atau maklumat peribadinya.

Semalam, Eddy Rejang lelaki dalam video itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyesal dengan tindakannya itu.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang turut menyuarakan bahawa isu ini bersifat perkauman berkata akan menyediakan peguam untuk menemani Eddy untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.