Video Klip Pakai Seksi Sambil Makan Pisang, Penyanyi Muda Ini Ditahan

Shyma, seorang penyanyi muda dari Mesir, ditangkap oleh polis tempatan gara-gara klip video lagunya “I Have Issues”, mengandungi aksi lucah.

Dalam klip video tersebut, terdapat adegan dia sedang makan pisang. Kamera mengarah ke bibir sambil memakan buah itu dalam keadaan sensual. Dia juga memakai pakaian seksi.

Klip video tersebut turut mendapat kritikan di negara itu. Susulan itu Shyma telah ditangkap kerana dianggap mempromosikan pelacuran.

Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, dalam muat naik di Facebook, Shyma meminta maaf atas video tersebut. Dia tidak menyangka mendapat reaksi kecaman akibat video muziknya itu.

“Saya memohon maaf kepada semua orang yang melihat video itu dan kecewa mengenainya dan fikir ianya tidak sesuai. Saya tidak menyangka semua ini akan berlaku dan saya akan diserang oleh semua orang, sebagai penyanyi muda … yang telah bermimpi menjadi penyanyi sejak zaman kanak-kanak, “Kata Shyma.

Penahanan Shyma itu mengejutkan ramai peminatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.