Trump Isytihar Korea Utara Taja Keganasan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletakkan semula Korea Utara dalam senarai penaja keganasan.

Penetapan itu membolehkan Amerika Syarikat mengenakan lebih banyak sekatan dan menimbulkan risiko ketegangan berikutan program senjata nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Trump berkata, Jabatan Perbendaharaan AS akan mengumumkan sekatan tambahan terhadap Korea Utara pada Selasa.

Keputusan itu diambil seminggu selepas Trump kembali dari lawatan selama 12 hari ke lima negara Asia yang menumpukan perbicangan terhadap program nuklear Korea Utara.

“Selain ancaman kepada dunia oleh kemusnahan nuklear, Korea Utara berulang kali menyokong perbuatan keganasan antarabangsa, termasuk pembunuhan di negara asing,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih seperti dilapor Reuters.

Setakat ini, tiga lagi negara lain yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan iaitu Iran, Sudan dan Syria.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.