Sudah Dua Bulan Tidak Hadir Ujian Peluru Berpandu, Kim Jong Un Dikatakan Sakit

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan sedang mengalami masalah kesihatan kerana sudah lama tidak  melakukan ujian peluru berpandu.

Sudah dua bulan sejak ujian peluru berpandu terakhir Korea Utara dilakukan, iaitu pada 15 September lalu.

Setakat ini 22 peluru berpandu telah dilancarkan oleh Korea Utara  dengan 15 ujian peluru berpandu dilakukan selama 2017 ini.

Namun, dalam dua bulan terakhir ini, Korea Utara dikatakan mengurangkan aktiviti tersebut yang membuatkan beberapa pihak bertanyakan keadaan kesihatan Kim.

Beberapa dokumentasi terakhir menunjukkan Kim mengalami kenaikan berat badan dan dikatakan mulai mengalami kesulitan atas perkara itu.

Dalam kunjungannya ke sebuah klinik kecantikan, Kim kelihatan terhuyung-huyung dan meminta kerusi lipat.

Kim juga dilihat berpeluh peluh semasa melawat kilang kasut. Daily Star mendakwa bahawa Kim mempunyai sejarah gout, diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Tiga tahun lalu, berdasarkan maklumat dari  perisik, berat badan Kim naik sebanyak 40 kilogram sejak memerintah Korea Utara.

Menurut seorang anggota parti pemerintah di Korea Selatan, Lee Cheol Woo, Kim pada usia muda telah dijangkiti banyak penyakit akibat kebiasaannya yang suka makan.

“Kerana kebiasaan mengudap snek, (Kim) jadi cenderung dijangkiti banyak penyakit,” kata Lee.

Belum ada kenyataan dari pihak Korea Utara atas berita tersebut.

Namun, Lee berkata Kim merupakan seorang yang terus memantau setiap ancaman yang berpotensi terhadap kekuasaannya, tak terkecuali yang berkaitan keselamatan dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.