Penjaga Garisan Masuk Wad, Diterajang Pemain Bola

KUALA NERUS — Seorang penjaga garis dimasukkan ke hospital selepas diserang sekumpulan pemain bola sepak.

Mangsa diterajang pemain dan pegawai Pikat FC hingga rebah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak di sini, lapor Metro.

Beliau turut dikejar dan dipukul selepas membatalkan jaringan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan Liga Amatur Terengganu 2017.

Namun, ketua polis daerah Kuala Terengganu berkata laporan yang dibuat kedua-dua pasukan semalam kemudian ditarik balik.

“Cuma saya dimaklumkan bahawa pengadil (penjaga garisan) berkenaan ada dimasukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar hospital semalam (kelmarin) kerana tidak mengalami kecederaan serius,” kata ACP Idris Abd Rafar.

Rakaman insiden perlawanan separuh akhir liga tersebut antara pasukan Pikat FA dan PBSMT Lanjerket FC tular di media sosial. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.