Kru Kapal Selam Hanya Ada Masa Dua Hari Sebelum Kehabisan Oksigen

Harapan untuk menemui kapal selam Argentina musnah apabila bunyi yang dikesan oleh sonar bukannya datang dari kapal terbabit. Sebelum ini bunyi luar biasa itu dikesan 330 batu dari pantai namun malangnya ia bukan daripada kapal selam milik Tentera Laut Argentina yang dikenali sebagai San Juan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat kini terpaksa bergelut dengan masa selepas anak kapal selam terbabit dikatakan hanya mempunyai tempoh dua hari untuk hidup sebelum kehabisan oksigen.

Menurut jurucakap Tentera Laut Argentina, Enrique Balbi, jika kapal selam itu berada di permukaan, ia dapat memasang norkel untuk menarik udara segar dan dapat bertahan selama sebulan.

Tetapi jika kapal selam itu berada di bawah air, maka udara yang ada hanya cukup untuk bertahan selama seminggu.

Kapal selam tersebut sudah hilang sejak lima hari lalu dan ia dipercayai berada di laut dalam, bermakna ia tidak dapat menggunakan snorkel.

Menurut Balbi, pihaknya juga masih gagal menghubungi anak kapal selam terbabit. Susulan itu, misi pencarian telah digerakkan di peringkat antarabangsa dengan bantuan Brazil, Britain, Chile, Amerika Syarikat dan Uruguay.

Kapal selama itu yang membawa 44 kru dilaporkan hilang selepas berdepan dengan masalah komunikasi. Ia hilang sejak memberikan lokasi terakhirnya di selatan Laut Argentina.

Kapal selam kelas elektrik diesel TR-1700 itu dalam perjalanan kembali dari tugas rutinnya dekat Ushuaia di arah paling selatan Amerika Selatan menuju pangkalannya di Mar del Plata atau sekitar 400 kilometer arah selatan Buenos Aires, ibukota Argentina.

Kali terakhir ia berhubung adalah pada Rabu lepas, ketika kapal selam itu berjarak 430 kilometer dari perairan pantai selatan provinsi Chubut, di kawasan Teluk San Jorge.

Panjang San Juan adalah 65 meter dan lebarnya 7 meter. Dalam misinya ini, buat pertama kali ia membawa kru wanita iaitu Eliana Krawczyk yang 35 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.