Hati-Hati Dengan Akaun Palsu Tawar Layanan Pelacuran Dengan Harga RM300

Terdapat akaun Twitter yang menawarkan layanan pelacuran online yang dijumpai di media sosial Malaysia.

Dilaporkan oleh The Star dari World of Buzz, ternyata akaun tersebut bukanlah layanan pelacuran online melainkan akaun palsu.

Akaun itu seolah menawarkan khidmat seks online iaitu menawarkan gadis-gadis yang boleh ditemu janji melalui gambar .

Setelah pelanggan memilih gambar gadis yang mahu ditemu janji, mereka disuruh untuk membayar RM300 . Selepas itu akan dimaklumkan tempat dan jadual tarikh temu janji.

Namun setelah pelanggan membayar, tiada temu janji yang mereka dapat. Nombor yang mereka hubungi ternyata tidak aktif.

Malangnya gambar-gambar yang digunakan  oleh akaun palsu tersebut adalah gambar gadis  yang diambil dari media sosial tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut.

Namun untuk menyakinkan pelanggan, ketika bertanya siapa gadis-gadis tersebut,  admin akaun akan menjawab itu adalah anak-anak perempuannya.

Tercatat sudah ada 78 kes yang telah diselidiki atas penyalahgunaan ini.

Seorang aktivis hak digital Sinar Project Tan Sze Ming, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa apa yang mereka muatnaik di sosial media boleh digunakan secara bebas oleh pihak ketiga untuk apa-apa tujuan.

Dasar privasi di media sosial tidak melindungi pengguna kerana setelah dikongsi di media , maka maklumat tersebut dapat diakses siapa saja.

Bagi menghadapi kes tersebut , Malaysia menyediakan perkhidmatan untuk melaporkan, jika gambar anda dicuri, iaitu:  mycert.org.my.

Netizen dinasihati supaya berhati-hati dengan apa yang anda kirim secara online di media sosial anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.