Dron AS Bunuh 4 Anggota Al-Qaeda

ADEN – Empat disyaki anggota al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron di tengah Yaman, kata pegawai tempatan.

“Sebuah kenderaan membawa empat anggota militan diserang ketika melalui jalan gunung di wilayah Bayda. Semua terbunuh dan dipercayai anggota al-Qaeda,” kata pegawai itu, lapor BH.

Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang diketahui menjalankan operasi dron bersenjata terhadap Yaman.

Washington menganggap kumpulan al-Qaeda yang berpangkalan di Semenanjung Arab (AQAP) adalah cabang kumpulan radikal paling berbahaya.

Kegiatan AQAP semakin berkembang sejak tercetusnya perang saudara di negara itu yang menyaksikan pertelingkahan antara kerajaan Presiden Abderabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi menentang pemberontak Houthi.

Serangan dron terhadap AQAP semakin kerap dilakukan sejak Presiden AS, Donald Trump dilantik Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.