Dokumentari Bongkar Misteri Bangkai Kapal

CALIFORNIA – Sebuah program dokumentari di sini berusaha merungkai misteri kemunculan sebuah bangkai kapal yang ditemui di perairan di sini tahun lalu.

Menurut Agensi, program dokumentari The Science Channel’s What on Earth akan menjalankan siasatan bagi merungkai beberapa persoalan termasuk bentuknya yang didapati menyerupai bangkai kapal ‘hantu’ Rusia, Lyubov Orlova, yang pernah dihuni beratus-ratus tikus kanibal, lapor Kosmo.

Mengikut laporan, Lyubov Orlova yang sepanjang 90 meter dan seberat 4,250 tan serta mampu membawa seramai 110 penumpang dirampas di Newfoundland, Kanada pada 2010 selepas ditinggalkan anak kapal kerana masalah hutang.

Kapal itu kemudian ditunda ke wilayah Caribbean untuk dilupuskan pada 2013, namun tali tunda terputus menyebabkan hilang di laut sehingga kini.

Sekumpulan pakar mendakwa, kapal itu ditawan beribu-ribu tikus kanibal yang tiada sumber makanan dan memakan sesama sendiri.

Siasatan turut tidak menolak kemungkinan bangkai kapal itu sebenarnya milik kumpulan mafia, S.S. Monte Carlo yang digunakan untuk aktiviti perjudian dan pusat pelacuran di laut antarabangsa.

S.S. Monte Carlo karam 80 tahun lalu sebelum ditemui terapung pada Februari 2016 ketika air pasang tinggi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.