Video : Kerjasama Umno-Pas, Tunggu Pada PAU 2016 Kata Ku Nan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerjasama UMNO-PAS berkemungkinan bakal diusulkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) yang bermula 29 November ini.

 

 

Beliau memberikan gambaran itu selepas menjawab pertanyaan media berhubung kerjasama UMNO-PAS bagi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) nanti.

 

 

“Kita lihat dalam persidangan nanti. Mungkin perwakilan akan usulkan kerjasama di antara parti-parti yang seperti PAS dan sebagainya. Ini kita akan dengar pandangan daripada perwakilan dan kita akan ambil satu keputusan selepas apa yang telah disuarakan oleh beberapa perwakilan yang hadir pada persidangan kali ini.

 

 

 

 

“Tunggulah apa yang akan berlaku nanti,”katanya pada sidang media PAU 2016 di Dewan Tun Hussien Onn PWTC, di sini, hari ini.

 
Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak mustahil UMNO dan PAS akan bekerjasama pada suatu hari nanti.

 
Annuar berkata, kerjasama itu boleh terlaksana jika ada usaha kepimpinan atasan untuk melakukannya.

Tambahnya, UMNO dan Pas lahir daripada DNA yang sama iaitu memperjuangkan agama, mahu melihat Islam pada kedudukan terunggul, inginkan keamanan dan kesejahteraan.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.