Cadang Perlembagaan UMNO Dipinda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya perlembagaan UMNO dipinda bagi mewujudkan klausa Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

 

 

Metro melaporkan semalam, Zahid berkata, pindaan itu penting supaya tidak wujud kekangan untuk mana-mana pemimpin yang diamanahkan menjalankan tugas Timbalan Presiden.

 

 

“Sudah tiga kali situasi Naib Presiden menjalankan tugas Timbalan Presiden termasuk saya sejak era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 
” Jadi penting untuk perubahan supaya sebarang halangan dapat diatasi dengan adanya klausa Pemangku Timbalan Presiden,” kata beliau yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.

 

 

Terdahulu, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, Abdullah yang ketika itu Naib Presiden menjalankan tugas Timbalan Presiden, kemudian apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, Abdullah memangku sebagai Presiden manakala Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Naib Presiden dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.