Henti Khabar Angin Pengebom Kumpulan Abu Sayyaf

KUALA LUMPUR – Polis beri amaran kepada pengguna media sosial supaya menghentikan khabar angin mengenai kewujudan pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

 

Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab di atas penyebaran maklumat palsu tersebut.

 

Dalam satu kenyataan, Chandra berkata polis menafikan khabar angin itu dan sentiasa meletakkan keselamatan awam sebagai keutamaan polis.

 

Baru-baru ini, tersebar maklumat yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf menempatkan lapan pengebom mati di beberapa lokasi penting di Sabah khususnya sekitar bandar raya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.