Tunjuk perasaan bantah cara Presiden Mexico kendali kes bunuh 43 pelatih guru

BANDARAYA MEXICO: Penunjuk perasaan bertopeng melontar molotov koktel dan melepaskan tembakan ke arah sebuah balai polis berhampiran lapangan terbang di bandar raya ini bagi membantah cara Presiden Enrique Pena Nieto menangani pembunuhan beramai-ramai 43 pelatih guru.

Anggota polis yang memakai topeng gas berdepan dengan kira-kira 300 penunjuk perasaan berhampiran lapangan terbang diikuti dengan tiga perarakan yang menyatakan sokongan kepada pelajar terbabit yang dibunuh selepas mereka diculik oleh polis pada 26 September lalu.

Polis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam pertembungan berkenaan.

Mexico dilanda tunjuk perasaan sejak 43 pelatih guru itu dibawa dari bandar Iguala oleh anggota polis yang bekerjasama dengan kumpulan dadah dan kemudiannya membunuh mereka. – Reuters

BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.