Pocong Mengganas Di Teluk Intan

Teluk Intan – Penduduk Kampung Tersusun Balun Bidai di Teluk Intan tidak berani lagi untuk keluar rumah pada waktu malam selepas beberapa penduduk kampung mendakwa telah terserempak dengan pocong yang melompat-lompat atau bergolek pada larut malam.

Seorang penduduk berumur 22 tahun memberitahu kepada media, dia terserempak dengan pocong ketika mahu ke tandas di belakang kedai pada pukul 2.30 pagi pada suatu hari.

“Pocong itu turut mengeluarkan kepala dan matanya yang kemerahan, ia memang menakutkan.

Pada masa itu terdapat beberapa pelanggan dalam kedai, saya segera menutup kedai dan meninggalkan kedai bersama dengan mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk berumur 25 tahun memberitahu bahawa dirinya terserempak dengan pocong ketika menunggang motosikal secara berseorangan pada kira-kira pukul 9 malam.

“Pocong tersebut melompat ke arah saya dan saya pula memecut meninggalkan tempat itu,” katanya.

Namun, ketua kampung enggan mengesahkan mengenai kejadian pocong bergolek yang menjadi perbualan hangat penduduk kampung tetapi satu pasukan rondaan telah ditubuhkan bagi menenteramkan penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.