Perdana Menteri Saman Tony Pua Berhubung Kenyataan Fitnah 1MDB

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan notis tuntutan mohon maaf terhadap pengerusi DAP Selangor, Tony Pua atas ucapan beliau bersabit syarikat pelabur milik kerajaan 1MDB.

Notis undang-undang itu merujuk kepada ucapan Pua di majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November lalu yang dikatakan menuduh Najib sebagai “mencipta skandal terbesar dalam sejarah Malaysia” berhubung kewangan 1MDB.

Pua diberi 14 hari untuk menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada Najib dan menyiarkannya di dua akhbar jika mahu mengelak tindakan saman daripada Perdana Menteri.

Pua mengesahkan menerima notis itu dan berkata peguam DAP Gobind Singh sedang meneliti perkara itu.

Di dalam ucapan itu, Pua di laporkan mempersoalkan kenapa tidak ada parti komponen Barisan Nasional yang mempersoalkan Najib berhubung pengurusan kewangan 1MBD.

Notis bertarikh hari ini yang dikemukakan melalui firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mendakwa tuduhan-tuduhan Pua bertujuan mengaibkan Perdana Menteri dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin tidak berwibawa dan autokratik.

Pembangkang, khususnya PKR dan DAP menggunakan rekod kewangan 1MDB untuk membuat beberapa tuduhan melulu termasuk simpanan syarikat itu di Kepulauan Caymans.

Turut dipertikaikan adalah surat sokongan kerajaan yang diberikan untuk 1MBD memperolehi pinjaman bon AS$3bilion.

Bagaimanapun segala tuduhan itu dijawab dalam sidang media terbuka oleh 1MDB awal minggu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.