Hadi Awang Diasak Bertubi-tubi – Sebijak Mana Ahli PAS?

Ke mana lagi harus Hadi Awang pergi?

Itu persoalan yang harus diasimilasi dengan baik oleh seluruh ahli PAS, mahupun penyokong mereka dalam senario yang sedang berlaku sekarang ini. Sedang proses asimilasi itu tidak sukar, jawapan yang bakal menjadi pilihan ahli PAS haruslah tepat, berdasarkan cita-cita dan perjuangan almarhum Ustaz Fadhil Noor, yang konsisten dengan prinsip perjuangan PAS.

pas-hadi-276x300

Umum tahu dan mengerti, akan situasi canggung yang sedang dihadapi oleh Hadi Awang, apabila dikeliling oleh “ulama yang tebal solekan kealimannya”. Ke utara, selatan, timur atau barat, hala tuju bahasa badannya seringkali menggambarkan rasa tidak selesa waima bermahkotakan kerusi empuk sang presiden.

“Bisikan-bisikan liberalisme dan pluralisme” terasa cukup dekat di cuping telinganya, bahkan hampir setiap kali, fahaman-fahaman tersebut menjadi santapan halwa telinga. Sejauh mana Hadi Awang dapat bertahan “keimanannya”?

Apa yang berlegar di sekelilingnya, beliau masih mampu bertahan. Namun, sejauh mana sedang “racun-racun liberalisme” itu sedang semarak hijau di kawasan parlimen yang dimenanginya?

Tersusun, dan terancang, bukan kebetulan, itu firasat penulis tentang kenyataan terbaru dari Gobind Singh, yang semata-mata meletakkan Hadi Awang sebagai punca atas kononnya tiada kerjasama yang baik dari Parti Islam Se-Malaysia. Menariknya, “tarian politik” Gobind didendangkan dengan “keynote” yang sama seperti mana kenyataan dari Lim Guan Eng sebelum ini. Fokus Hadi. Fokus Hadi.

Dihambat luar dan dalam, dengan kadar konsistensi yang tinggi, mengakibatkan Hadi senantiasa dalam posisi meraih tekanan yang tinggi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya beliau semahunya berkata “Atas sayalah hendak hadir atau tidak mahu hadir” dalam kemelut pertikaian kehadirannya dalam mesyuarat Pakatan. Luahannya tanpa disedari, menetapi ciri-ciri golongan yang sedang menghadapi segunung tekanan. Sekali imbas, tidak salah untuk menafsir wujudnya unsur-unsur amarah dan emosi.

Hakikatnya, itulah yang dimahukan oleh para pendesak yang mahukan Hadi Awang berundur, demi melengkapkan proses meliberalisasikan fahaman dan akidah ahli PAS mengikut cara, mutu dan gaya sekutunya.

Hadi Awang perlu didesak sehari-hari, setiap jam agar terus-terusan berada di dalam kondisi tidak sihat. Untung-untung, beliau akan berundur dengan sendirinya. Atau pun kondisi tidak sihat itu yang bakal membuat keputusan.

Dengan dua kebarangkalian tersebut, maka keuntungan abadi bakal dimiliki oleh kumpulan pendesak; “say no to Hadi Awang”. 

-PetikanMYKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.