Baru 90 Ribu Menyerah Diri & Ditahan, Ada Lagi 4 Juta Pendatang Asing Tanpa Izin Di Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan setakat ini seramai 59,590 orang Pendatang Asing Tanpa izin (PATI) telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak Program Serah Diri Sukarela diperkenalkan pada Julai tahun ini.

Melalui program yang dikenali sebagai 3+1 ini PATI yang menyerah diri secara sukarela hanya dikenakan kompaun berjumlah RM300 serta RM100 lagi untuk pas khas sebelum dihantar balik ke negara asal masing-masing.

60K-PATI-Program-Serah-Diri-Sukarela-454x1024

Menurut beliau lagi sejak Januari hingga 19 November pula seramai 27,082 orang lagi PATI turut ditahan hasil dari 4,922 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara. Angka itu menjadikan keseluruhannya sejumlah 86,672 PATI telah ditahan serta menyerah diri sepanjang tahun ini.

Sekilas lalu jumlah hampir 90 ribu itu sudah boleh dikira satu kejayaan besar bagi pihak berkuasa. Tapi kalau kenyataan Kementerian Sumber Manusia pada 11 November lepas diambil kira yang menyatakan terdapat 6.7 juta pendatang asing di negara ini di mana 2.1 juta merupakan pekerja asing berdaftar dan 4.6 juta lagi adalah PATI, maka teramat jelas sekali angka 90 ribu terlalu kecil.

Walau pun Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyebut angka 4.6 juta PATI itu sekadar anggaran kasar sahaja, namun realiti di sekeliling kita menunjukkan kenyataan tersebut ada benarnya dan tak mustahil angka sebenar PATI jauh lebih besar lagi.

Masalah kebanjiran PATI sejak beberapa tahun kebelakangan ini dah semacam satu penyakit sosial yang kronik dan sukar nak dibanteras. Kesan darinya menyebabkan kadar jenayah dan masalah sosial lain di negara ini meningkat secara mendadak.

Itu belum lagi diungkit perihal masalah penyakit berjangkit yang dibawa bersama oleh PATI serta penglibatan sesetengah mereka dalam perniagaan gerai di tepi-tepi jalan atau di pasar tanpa mempedulikan soal kebersihan. Juga belum dikira dah berapa ramai anak gadis kita yang lena dalam dakapan Mat Bangla dan Awang Hitam dari Afrika.

Kalau nak di ambil kira kesan buruknya memang banyak merangkumi soal keselamatan, kesihatan, keselesaan rakyat dan macam-macam lagi. Ini semua memerlukan tindakan tegas pihak berkuasa untuk menanganinya.

Namun kita tak nafi keperluan negara terhadap tenaga kerja pekerja asing yang berdaftar untuk beberapa sektor ekonomi seperti perladangan, perkilangan dan beberapa sektor lain. Tapi jumlahnya biarlah berpada-pada. Kerajaan perlu mengawalnya untuk kebaikan rakyat dan negara ini di masa depan.

Penulis dan rata-rata rakyat Malaysia cukup mengharapkan sebaik tamatnya Program Serah Diri Sukarela pada 31 Disember 2014 ini, kerajaan dan agensi berkaitan akan benar-benar bertegas dan menggandakan usaha mencari, menyerbu dan menahan seterusnya segera menghantar pulang seramai mungkin PATI ke negara asal mereka.

Pihak berkuasa terlibat jangan lagi menunggu sehingga kebanjiran PATI ini akhirnya menjadi satu bencana kepada negara baru nak bertindak tegas. Lambat bertindak impaknya buruk kepada kesejahteraan kita semua. Tolonglah, jika bukan untuk kami sekurang-kurangnya demi negara ini dan untuk kebaikan anak cucu anda juga.

-PetikanMYKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.