Wan Azizah Setuju Bunuh Diri Dikeluarkan Dari Kesalahan Jenayah

SETIAP kes bunuh diri perlu dianggap serius tanpa mengira taraf hidup miskin atau kaya mahupun tahap populariti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kes bunuh diri bermula dari kemurungan dan hal ini berkaitan dengan satu masalah.

“Saya setuju sangat dengan cadangan Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye yang mahu isu bunuh diri diberi perhatian dan dikeluarkan daripada kategori perbuatan jenayah.

“Masalah ini makin meningkat dan kita perlu ‘decriminalisation’ kes bunuh diri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Program Digital Space Malaysia Airports Holdings Berhad di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, di Hulu Selangor, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, perbincangan antara beberapa agensi berkaitan sudah berlangsung membabitkan isu kesihatan mental.

Beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menekankan mengenai keperluan kerajaan mengkaji semula Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk dikeluarkan dari jenayah.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menggesa Peguam Negara meneliti perundangan sedia ada berkaitan kes bunuh diri yang semakin meningkat.

Malah semalam, Lam Thye meminta ahli parlimen memandang serius kes bunuh diri dan meminta dikeluarkan dari kategori kes jenayah.

Mengulas mengenai pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di sekolah, Dr Wan Azizah berkata, ia tidak sepatutnya berlaku di sekolah.

“Memang sekolah ini, kita tidak boleh sebarkan apa-apa kerana perlukan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Lain-lain berita pilihan;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.