BMF Ini Kempen Rakyat, Tak Terjejas Dengan Larangan Kerajaan Perak – PPIM

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Perak yang melarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di kawasan masjid di negeri itu tidak menjejaskan kempen berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan larangan itu bukan sahaja tidak menjejaskan kempen, sebaliknya membantu mempromosikan lagi BMF.

“Nombor satu saya ucapkan terima kasih sebab arahan (larangan) itu akan menyebabkan orang ramai akan memberi lebih banyak respon (positif) kepada BMF sebab kita tahu, ini adalah kempen rakyat.

“Jadi, kita tidak risau sebab kempen ini tidak melibatkan kerajaan. Dulu DAP marah, menteri marah, kita tak kisah. Ini cerita pasal rakyat. Kalau dia buat macam itu rakyat lagi marah,” katanya dihubungi semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Perak yang melarang sebarang penganjuran kempen BMF di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kelmarin.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, perkembangan yang berlaku di negeri itu tidak akan menjejaskan kempen BMF kecuali pihak terbabit melarang rakyat untuk membeli produk keluaran Muslim.

Beliau turut menyifatkan pihak berkenaan mempunyai agendanya sendiri, namun PPIM akan meneruskan kempen BMF sebagai satu agenda badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk membantu rakyat.

“Sepatutnya semua pihak sesama Muslim bersepakat dan jangan buat rakyat hilang keyakinan kerana ia juga akan merugikan pihak terbabit.

“Dia boleh buat lebih lagi pun tak apa. Tiada masalah kecuali dia kata sesiapa yang beli produk Muslim ini tak dapat gaji,” sindirnya. – Sinar

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.