Pemimpin MCA Mengecewakan, Ahli Perlu Ubah

KUALA LUMPUR – Kepimpinan MCA pada hari ini mengecewakan apabila didakwa gagal membuat keputusan sama ada mahu terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) atau tidak.

Justeru itu Bekas Presiden MCA Tan Sri Chua Soi Lek mengajak ahli mengubah barisan kepimpinan parti itu pada pemilihan yang akan berlangsung November kelak.

“Saya kecewa dengan parti sebab kepimpinan hari ini tidak boleh berhadapan dengan isu yang besar melibatkan parti.

“Kenapa kepimpinan MCA hari ini tidak boleh buat keputusan untuk kekal dengan BN atau tidak,” katanya.

Beluau berkata demikian didi majlis pelancaran buku tulisannya yang bertajuk “Like Me or Hate Me: Rising From The Political Ashes”.

Dalam masa yang sama Chua menyifatkan jemaah kabinet keseluruhannya semasa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab terhadap isu skandal 1MDB.

Malah pemimpin MCA Timbalan Presiden Datuk Seri Wee Ka Siong yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga disebut Soi Lek sebagai wajar untuk menggalas tanggungjawab yang sama seperti pemimpin UMNO yang lain.

“Sebab kenapa saya tidak boleh sokong Wee (Ka Siong) adalah kerana mereka merupakan menteri.

“Pengurusan yang sebelum ini jatuh sebab skandal apa? 1MDB, Felda (Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan) , MARA (Majlis Amanah Rakyat).

“Pemimpin UMNO yang angkuh, salah guna kuasa, mereka ini adalah sebahagian daripada pentadbiran jadi mereka perlu bertanggungjawab. Itulah akauntabiliti,”tambahnya ketika ketika sidang media. -SuaraTv

One thought on “Pemimpin MCA Mengecewakan, Ahli Perlu Ubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.