Isu Teknikal Punca Keputusan Pemilihan Belum Diumumkan, Kata Jawatankuasa Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR — Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal dipaparkan dalam laman berkenaan.

“Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang negeri Selangor dan Perlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan dan Melaka berlangsung semalam dengan Negeri Sembilan melibatkan lapan cabang dan jumlah anggota layak mengundi ialah 14,788.

Pemilihan di Melaka menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.