DAP Diskriminasi Kelantan dan Terengganu, Hadi Suruh Kit Siang Tanya Anak

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin DAP Lim Kit Siang mendapatkan pengesahan daripada anaknya yang merupakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkenaan halangan mengembalikan royalti kepada Kelantan dan Terengganu.

Katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk bertindak demikian namun berlaku sebaliknya yang berlaku.

“Perdana menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika saudara Lim mahukan bukti, sila tanya menteri kewangan,” katanya di Facebook.

Terdahulu Kit Siang mendesak untuk Hadi yang mendakwa berlaku diskriminasi dari DAP kepada kedua-dua negeri itu dibuktikan.

Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum 9 Mei lalu menjanjikan 20% royalti kepada pengeluar minyak.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.