Wanita Ini Nekad Sebar Gambar Isteri Kekasih Tanpa Pakaian Hanya Kerana Ini

Kita pasti pernah mempunyai penyesalan dalam hidup. Malah, kadang-kadang kita mahu kembali ke masa lalu dan mengubah segala-galanya. Mungkin penyesalan terbesar wanita ini membuatkan dia kehilangan harga diri selama-lamanya.

Rose (bukan nama sebenarnya) menceritakan penyesalannya yang paling besar kerana menghantar gambarnya yang tidak berpakaian kepada suaminya.

Dilaporkan dari Viral4real, Rose sangat terkejut apabila mengetahui bahawa gambar peribadi yang dihantar kepada suaminya dulu, ada dalam media sosial.

Rose telah berkahwin dengan suaminya, William selama 18 tahun, dan mempunyai dua orang anak.

Tapi selepas William bertemu dengan wanita lain semasa bekerja, suaminya itu  memutuskan untuk meninggalkan semuanya dan tinggal bersama kekasihnya.

Rose sudah tidak mampu lagi untuk menyelamatkan rumahtangganya. Walaupun begitu dia  tidak akan membiarkan anaknya menderita.

Dia menuntut William bertanggungjawab kepada anak-anak mereka dan menghantarkan wang.

Bagaimanapun, William berkata teman wanitanya tidak membenarkannya memberikan wang kepada anak-anaknya.

Rose terus menghubungi William untuk meminta suaminya bertanggung jawab, namun tindakannya itu membuatkan teman wanita suaminya marah.

Wanita itu mengancam Rose dengan gambar telanjangnya yang masih disimpan oleh suaminya.

Wanita itu  nekad dan akhirnya memuat naik gambar-gambar tanpa pakaian Rose di media sosial.

Kerana itulah Rose memutuskan untuk melaporkan suami dan kekasihnya itu kepada Tulfo Brothers.

Tulfo Brothers merupakan sebuah program realiti yang mendedahkan perbuatan keji  penjahat dan orang-orang yang tidak ada perasaan.

Namun, William  menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan wanita lain dan menuduh Rose yang memuat naik gambar dirinya sendiri.

Dan menurut pengakuan Rose, apabila William berada di rumah dengannya, kekasihnya yang cemburu akan menghantar gambar bogel untuk menggoda dia.

Di akhir wawancara, pasangan tersebut mencapai kesepakatan. William akan terus menghantar wang sekurang-kurangnya (RM3,125 setiap bulan kepada Rose untuk anak-anak mereka.

Jika tidak, dia akan dipecat dari pekerjaannya sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.