Terkejut, Tiba-Tiba Tanah Hilang Depan Rumah

TUARAN ― Sebuah rumah di Jalan Longkou Lama dekat sini menggelongsor semalam disebabkan tanah runtuh susulan mendapan akibat hujan lebat.

Kediaman Roddy Selidin, 27, bergerak beberapa meter dari tapak asal dalam insiden tanah runtuh pada jam 7.30 malam tadi, lapor Metro. 

Ketika runtuhan, yang turut menimbuskan motosikalnya, mereka baru selesai makan malam, manakala isterinya mahu memberi makan kucing peliharaan. 

“Sebaik membuka pintu, isteri terkejut melihat tiada tanah di hadapan rumah kami sebelum terus menjerit ‘lari tanah runtuh’.

“Saya segera mengambil dua anak dan berlari ke arah jalan raya. Tidak lama kemudian, saya lihat rumah kami ‘berjalan’ ke bawah perlahan-lahan.

“Apapun kami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya, yang kini menetap di rumah mertuanya yang tinggal berdekatan. 

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan laluan Kampung Longkou ke pekan Telipok terputus akibat tanah runtuh.

Beberapa kawasan di Sabah dilanda hujan lebat dan angin kuat, yang mengakibatkan banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh, dikaitkan fenomena Taufan Lan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.