Penganggur Miliki Cincin Curi

PETALING JAYA – Seorang penganggur didenda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki harta curi iaitu dua bentuk cincin emas milik teman wanitanya.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Joo Hon, 36, kerana memiliki harta curi iaitu sebentuk cincin berlian dan sebentuk cincin emas putih milik Phang Mook Lan, 51, yang merupakan seorang pemilik pusat hiburan, di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 8, Subang Jaya, di sini, pada 10 malam, 18 Oktober lepas.

Joo Hon didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, lapor Bernama.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan berbentuk denda atas alasan dia tidak berniat untuk mencuri cincin tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan tertuduh sepatutnya tidak memiliki barang yang bukan miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.