Pelajar Korea Selatan Dipukul Kerana Berasal Dari Asia

Seorang pelajar di Brighton, England diserang dengan alasan perkauman.

Kejadian tersebut bermula ketika Yehsung Kim dan rakan-rakannya hendak pulang ke rumah pada malam tersebut.

Ketika itu dirinya bertemu dua orang lelaki berbangsa Inggeris yang mula mencari masalah dengannya di jalan.

Mereka dengan sengaja membaling botol wine ke kepala Yehsung untuk memulakan pergaduhan.

Mereka sengaja berbuat demikian hanya kerana semata-mata Yehsung orang Asia.

Yehsung berasal dari Korea Selatan dan belajar di UK.

“Dia bertanya mengapa mereka membaling botol wine padanya dan mereka menjawab,

‘Kenapa? Kerana kamu orang Asia celaka’,”kata rakan Yehsung yang menjadi saksi semasa kejadian tersebut.

Rakan Yehsung berkata Yehsung pada mulanya mengelakkan dari berjalan kaki ke situ . Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki tersebut mula melakukan pergerakan badan yang bersifat perkauman.

“Yehsung cuba untuk elakan diri dari mereka, tetapi mereka tetap menghalang jalan kami dengan terus melakukan penghinaan perkauman, seperti menyipitkan mata, dan bahkan membuat wajah seperti monyet sambil menarik telinga mereka,” terangnya seperti yang dilaporkan  Koreaboo.com.

Yehsung dengan kedua-dua lelaki itu mula bertengkar sehingga seorang lelaki memukul muka Yehsung dengan sebotol wain.

Kejadian yang dahsyat telah dirakam di kamera dan kini tersebar di media sosial, Facebook.

Dalam video itu terdengar suara keras botol yang menghentam wajah Yehsung.

Yehsung seolah-olah  tersandung dan menekup mukanya.

Rakan wanita yang berada di sebelah Yehsung terkejut dan tidak dapat bergerak kerana terkejut.

Selepas melakukan tindakan itu, kedua-dua lelaki itu meninggalkan Yehsung.

Serangan itu menyebabkan wajah Yehsung cedera parah, 10 gigi luka, dan 1 gigi terpaksa dibuang kerana mengganggu sarafnya.

Yehsung dan rakan-rakannya terus melaporkan kejadian itu kepada polis dan Kedutaan Besar Korea Selatan.

Dalam kes itu, seorang kawan Yehsung mengutip derma  untuk rawatan luka Yehsung  yang memerlukan wang sehingga 1000 Euro atau RM4992.56

Rakan-rakan Yehsung juga berharap supaya semua orang dapat meningkatkan kesedaran tentang keganasan, supaya pelaku dapat berhenti dan tidak ada orang lain yang mengalami kejadian serupa.

<iframe width=”700″ height=”394″ src=”https://www.youtube.com/embed/w3i4zg07-G4″ frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.