Operasi Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Dihentikan Sementara

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat 11 mangsa yang tertimbus di sebuah tapak binaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pagi tadi ditangguhkan sementara kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kerja-kerja pencarian akan disambung semula jam 8 pagi esok.

Dalam masa sama katanya, pihak polis akan terus memantau dan berkawal 24 jam di lokasi kejadian bagi memastikan orang ramai tidak memasuki kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Moktar berkata, pihaknya telah mengenal pasti kedudukan mangsa dan akan meneruskan pencarian esok.

Pihaknya telah mengalihkan 30 peratus tanah runtuhan namun kerja-kerja mencari tidak akan dilakukan malam ini atas faktor keselamatan pasukan pencari dan cuaca gelap. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.