Niat Mahu Tunjuk Baju Sukan Baru, Tetapi Wanita Ini Dimalukan Ketika Di Gym Disebabkan Ini

Kejadian memalukan seringkali datang disaat yang tidak diduga. Lebih parah lagi kalau ini terjadi di tempat orang ramai. Biasanya kejadian ini benar-benar tidak disengajakan.

Contohnya, apabila anda secara tidak sengaja membuang angin di lif, bayangkan rasa gelisah dalam hati. Perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita bernama Kimberley Williams.

Kimberley terpaksa menanggung malu ketika dia berada di gym. Ini terjadi ketika dia menyedari bahawa legging Puma barunya benar-benar  lutsinar.

Gadis London yang berusia 27 tahun itu dilihat memakai legging yang nampak bahagian dalam.

Kimberley menceritakan kisah bagaimana dia dalam perjalanan ke kelas ‘tabata’.

Dia melihat orang ramai  tidak berhenti memandangnya.

“ Saya gembira dan menghargai pandangan mereka itu kerana mungkin kelihatan cantik mengenakan seluar baru,” katanya.

Pada mulanya ia kelihatan seperti biasa namun hakikatnya Kimberley tidak sedar ada perkara yang memalukan menimpanya.

“Saya bersedia untuk ‘tabata class’ dan berasa sangat bertenaga dan bergaya dengan memakai legging Puma baru saya.”

“Kemudian ketika saya membongkok untuk meregangkan kaki, seorang kawan terperanjat …. ‘Kim saya dapat melihat punggung mu.”

Image result for Kimberley Williams.

“Saya berhenti dan terus berjalan ke cermin lalu membongkok , dan ia kelihatan memalukan.

“Bagaimana ini boleh terjadi pada saya? Apakah Puma memalukan saya !!”

“Saya bertanya kepada Puma, tidakkah anda menguji produk anda sebelum memasuki pasaran?”

“Bagaimana saya boleh mempercayai produk kalian lagi selepas kejadian memalukan ini?”

Malangnya peristiwa itu telah berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.