Keturunan Bugis Mahu Adakan Demo Kerana Keceluparan Mahathir Mohamad

Kerana mulut badan binasa. Pernah dengan ungkapan ini? Inilah yang berlaku sekarang. Disebabkan kenyataan celupar Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai masyarakat Bugis, Perhimpunan Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) akan mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

PPBMI mahu pengerusi Pakatan Harapan itu memohon maaf kerana kenyataan Mahathir yang melabel keturunan Bugis sebagai lanun ternyata telah melukakan perasaan mereka.

Surat tuntutan maaf itu telah dihantar oleh PPBMI kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Bukan sahaja PPBMI, malah beberapa persatuan Bugis di Malaysia juga mendesak Mahathir supaya meminta maaf atas kenyataannya yang biadap dan melampau itu.

Namun Mahathir enggan dan berdolak dalik.

“Saya tak buat tuduhan kepada orang Bugis, saya buat tuduhan kepada orang Bugis yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi tidak perlulah saya minta maaf kerana saya tak kata benda itu,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 PAN semalam.

Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh Mahathir ialah menarik balik kata-katanya itu yang diucapkan ketika perhimpunan haram di Petaling Jaya, minggu lepas.

Mulut celupar beliau itu juga telah menyebabkan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla merasa tersinggung dengan beliau.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jusuf, yang juga berketurunan Bugis kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika kedua-dua pemimpin yang mengetuai delegasi negara masing-masing dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul semalam.

“Walaupun (menyatakan) bukan secara rasmi tetapi Jusuf memberitahu saya bahawa beliau amat-amat tersinggung dengan ungkapan yang menghina orang Bugis sama ada di Malaysia atau di Indonesia khususnya Sulawesi,” kata Ahmad Zahid.

Kesimpulannya, jika beliau tidak sukakan Najib sekali pun, tidak perlulah hingga ke tahap menghina keturunan orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.