Isteri Telefon Salahuddin Ayub, Keluar Suara Wanita

KUALA LUMPUR ― Seorang ahli politik pembangkang mengeluh, tidak tahan lagi talian telefon tangannya “bertukar”, tiba-tiba muncul suara wanita.

Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub mengadu panggilan isterinya ke telefonnya dijawab seorang wanita lain pagi ini.

“Dalam minggu ini sahaja saya menerima banyak aduan daripada rakan-rakan mengatakan wanita India menjawab telefon saya,” katanya. 

“Wanita ini mendakwa Celcom telah memberikan nombor ini sebulan yang lalu.”katanya, lapor MMO.

Salahuddin, bekas ahli parlimen, turut mempertikai syarikat telekomunikasi itu yang disifatkan tidak begitu mengambil berat aduan masalahnya.

“Tidak ada seorangpun dari pihak pengurusan atau perhubungan awam Celcom yang cuba berkongsi kesukaran saya,” kata bekas naib presiden PAS itu.

“Saya adalah pelanggan setia Celcom sejak 1997. Saya tidak tahu apakah dosa saya pada Celcom sehingga saya terpaksa menghadapi kesukaran seperti ini.” 

Beliau pernah membuat aduan kepada polis dan Celcom pada 2013.

“Selepas kejadian tersebut saya mendapati banyak masalah sering kali terjadi seperti sukar untuk membuat panggilan keluar dan juga menerima panggilan masuk dari rakan-rakan saya,” katanya dalam satu kenyataan. 

“Keadaan ini kerap pula berlaku mutakhir ini. Apabila aduan dibuat kepada Celcom, alasan yang biasa diberikan adalah isu Celcom sedang menaik taraf sistem untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.