Doktor Menyangkakan Bayi Kembar Ini Tak Dapat Dilahirkan Dengan Selamat, Tapi Keajaiban Berlaku

Anak kembar biasanya dihubungkan dengan ikatan yang unik, baik secara mental, emosional mahupun fizikal.

Inilah contoh ikatan bayi kembar yang sudah terjalin semenjak bayi kembar ini masih berada dalam kandungan. Jenna dan Jillian Thistlethwaite disebut sebagai bayi kembar “mono mono”.

Kembar mono mono adalah sepasang bayi kembar yang mempunyai plasenta dan kantung amnion yang sama.

Keadaan yang jarang berlaku ini hanya berlaku sekali dalam 10,000 kehamilan kembar kerana kembar-kembar placenta dan kantung amniotik yang sama, jenis kehamilan ini berisiko tinggi termasuk kecacatan kelahiran.

Tali pusat yang kusut juga boleh membunuh keduanya.

Bagaimanapun, Jenna dan Jillian bukan sahaja selamat lahir, tetapi juga membuat berjuta-juta orang tersentuh kerana kedua-dua mereka dilahirkan berpegangan tangan.

Dipetik dari Daily Mail, Jenna dan Jillian lahir pada 9 Mei 2014 di Akron General Medical Center, Ohio daripada pasangan Bill dan Sarah Thistlethwaite.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

Jenna lahir terlebih dulu dengan berat badan 1,87 kg dan panjang 43 cm. Sementara itu, Jillian lahir  dengan berat badan 1,72 kg dan panjang 44 cm.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

Walaupun sebelum ini dinyatakan peluang untuk selamat sangat tipis tetapi kedua-duanya boleh dilahirkan dengan normal sambil memegang tangan.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

Ibunya, Sarah, berkata; “Mereka sudah menjadi sahabat baik dan aku masih tidak percaya mereka berpegangan tangan. Sungguh luar biasa.”

Momen-momen luar biasa kembar ini mencuri hati ramai orang apabila kisah mereka menjadi viral.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

Walaupun sekarang mereka berusia 3 tahun, keduanya masih tetap dekat.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

Bahkan mereka sering dilihat berpegangan tangan semasa tidur. Jika salah seorang menangis, kembarnya pasti ikut menangis.

Bayi kembar Jenna dan Jillian Thistlethwaite

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.