Beri Peluang Bakat Muda Asah Bakat – McMahon

KOTA BHARU – Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi mereka peluang meningkatkan kemahiran mereka, kata bekas pemain kelab Liverpool dan Manchester United, Steve Mcmahon.

“Mereka mempunyai minat, semangat dalam bermain bola sepak, namun mereka kekurangan sokongan dari segi peluang, infrastruktur dan pendedahan untuk terus bermain.

“Mereka sanggup bekerja keras untuk menjadi pemain antarabangsa,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan program mencukil bakat The Young Talent Search for Million Dollar Feet Programme, lapor Bernama.

Beliau berkata semasa mengadakan program itu sejak dua tahun lalu, beliau bertemu ramai kanak-kanak yang berbakat yang berminat bermain bola sepak.

Seramai 800 peserta berumur antara 11 dan 16 tahun mencuba nasib dalam sesi pemilihan dua hari itu mulai hari ini bagi mencari dua pemain terbaik bagi dilatih di United Kingdom selama 10 hari bermula 11 Nov hingga 1 Dis ini.

“Terdapat juga  beberapa pasukan pencari bakat yang akan menyertai dua pemain pilihan itu semasa latihan di United Kingdom dan sekiranya mereka berpuas hati dengan prestasi pemain tersebut, kelab akan menandatangani kontrak dengan mereka,” kata McMahon.

Beliau berkata sesi pemilihan telah diadakan di Pulau Pinang, Sarawak dan  Kelantan dan pemilihan akan diteruskan di Johor dari 27-28 Okt dan Kuala Lumpur (3-4 Nov).

“Kami akan memilih dua pemain terbaik daripada setiap negeri dan mereka akan bertanding di pusingan akhir di Kuala Lumpur sebelum memulakan latihan di United Kingdom,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.