Amyra Rosli Dapat Kereta, Lahirkan Bayi Lelaki

KUALA LUMPUR ― Pelakon Amyra Rosli menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya selepas melahirkan bayi lelaki minggu lalu.

Amyra, 26, dalam Instagram memuat naik gambar bayinya sedang memegang kunci kereta.

“Kamu adalah orang paling baik pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah dapat seorang ayah seperti kamu.

“Terima kasih untuk hadiah ini dan semua perkara-perkara indah yang kamu lakukan,” tulis pelakon drama Suamiku Encik Sotong.

Amyra berkahwin dengan pelakon Amar Baharin, 32, pada November tahun lalu dan dikurniakan anak sulung yang belum diberi nama di Pusat Perubatan Prince Court Ahad lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.