Ahli Parlimen Perancis Disiasat Cabul Pembantu

PARIS – Seorang Ahli Parlimen parti Presiden Perancis, Emmanuel Macron berdepan siasatan atas dakwaan melakukan serangan seksual dan gangguan terhadap bekas pembantu Parlimennya, lapor radio Franceinfo.

Menurut AFP, peguam Christophie Arend yang juga Ahli Parlimen Parti Republic on the Move (LREM) dalam satu kenyataan mempertikai dakwaan terbabit dan mengatakan ia adalah fitnah, lapor Bh.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Marie, memberitahu Franceinfo bekas majikannya itu melakukan apa saja untuk mendapatkan dirinya, dengan beberapa kali memberikan komen dan isyarat lucah.

“Sebagai contoh, dia cuba menanggalkan pakaian dalam saya ketika berjalan bersebelahan dan memegang payudara,” katanya.

Marie mengetuai kempen Arend ketika pilihan raya perundangan tahun ini, hingga dia menjadi tajuk utama berita, pada Jun lalu kerana berjaya mengalahkan Naib Presiden Parti Barisan Nasional berhaluan kanan, Florian Philippot.

Kemenangan itu membolehkan Marie dilantik sebagai pembantu parlimennya.

“Saya berharap hubungan kami lebih profesional apabila saya mempunyai kontrak pekerjaan dan saya lebih selamat,” katanya.

Bagaimanapun susulan insiden itu memaksa Marie meletak jawatan pada penghujung Julai lalu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.