72 Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Dua Masjid

KABUL – Kumpulan Militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom nekad mengorbankan kira-kira 72 orang temasuk kanak-kanak setakat ini, kata pegawai dan saksi.

Bagaimanapun kenyataan itu, tidak mengemukakan bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish berkata, 39 orang terbunuh dalam letupan di Masjid Imam Zaman di daerah Dasht-e-Barchi.

Seorang Jemaah yang juga saksi, Mahmood Shah Husaini berkata, seorang pengebom nekad masuk ke sebuah masjid Syiah di ibu negara Afghanistan ketika orang ramai menunaikan solat, pada malam Jumaat.

Jurucakap polis berkata, letupan berasingan berlaku di masjid di tengah wilayah Ghor mengorbankan 33 orang.

Gabenor Wilayah Balkh, Atta Mohammad Noor berkata, serangan itu ditujukan kepada pemimpin tempatan dari Parti Politik Jamiat. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.