Wang Bantuan Rakyat BR1M Untuk Tahun Depan Dinaikkan – Najib

KUALA LUMPUR – Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

 

Perdana Menteri berkata, keseluruhan program BR1M akan memanfaatkan tujuh penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

 

“Bagi isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapatan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

 

“Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

 

“Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, dinaikkan daripada RM400 kepada RM450,” katanya.

 

Menurut Najib, skim khairat kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.