Mia Ahmad Akui Dalam Perancangan Kahwin Penjaga Gol JDT

KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad mengakui sedang merancang untuk berkahwin dengan penjaga gol kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan, 25.

 

Bagaimanapun pasangan ini masih belum mempunyai tarikh yang sesuai memandangkan jadual Izham agak padat ketika ini.

 

“Saya sudah berkenalan selama setahun. Setakat ini hubungan kami sudah direstui keluarga. Jujur kami selesa dengan hubungan ini.

 

“Jadual Izham hanya akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Jadi memang tidak mungkinlah dalam waktu terdekat,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2016, di sini kelmarin.

 

Izham dan Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, mula berkenalan setahun lalu.

 

Hubungan mereka mula dihidu media selepas gambar sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe di Johor Bahru tersebar.

 

Bagaimanapun sebelum ini Mia kerap berdolak-dalih mengenai hubungan tersebut. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.