Mahathir Minta Najib Benarkan Boboi Untuk Selamatkan Malaysia – Raja Petra

 

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 20 Oktober 2016.

 
Esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis satu ulasan mengenai bajet ini dalam blognya.

 

Selepas membaca ulasan Mahathir, saya hanya boleh menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa kebanyakkan daripadanya adalah pendapat atau pandangan peribadinya. Beliau tidak benar-benar melampirkan apa-apa data sejarah atau menyokong andaian dan ramalan beliau dengan fakta-fakta keras. Maksud saya, tentera laut China boleh menenggelamkan kapal Filipina di Laut China Selatan minggu depan dan Vietnam dan Malaysia boleh diseret ke dalam pertempuran itu dan segala-gala yang Mahathir katakan boleh menjadi tidak relevan lagi.

 

Pada tahun 1950, Amerika dan China berperang perang proksi di Korea dan tiba-tiba ekonomi Malaysia melonjak. Saya yakin semasa mereka mencipta Persekutuan Tanah Melayu hanya dua tahun sebelum itu pada tahun 1948 mereka tidak pernah meramalkan perkara itu. Seperti yang orang alim katakan, hanya Tuhan yang tahu. Seperti kata pepatah: manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

 

Cara saya membaca tulisan Mahathir semalam, beliau telah ‘berlembut’ sedikit dan tidak lagi bercakap tentang perkara-perkara seperti Najib mencuri RM42 bilion wang 1MDB dan oleh itu Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagainya. Mahathir kini lebih ‘tertumpu’ pada keupayaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

 

Mahathir bercakap tentang pinjaman dan perbelanjaan dan dasar fiskal yang berhemat dan kesan dasar kerajaan kepada rakyat, dan lain-lain. Dalam erti kata lain, apa yang Mahathir katakan, tanpa benar-benar menyuarakan persoalan itu adalah: adakah Najib seorang Menteri Kewangan yang bagus atau adakah Bajet 2017 itu tidak sempurna dan boleh diperbaiki?

 

Sekarang ini, kita mesti mengambil apa Mahathir tuliskan semalam bersama apa yang beliau katakan pada bulan lepas di UK bersama-sama dengan apa yang beliau telah katakan sepanjang lapan tahun lepas sejak April 2008, tiga minggu selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Dan apa yang beliau telah katakan adalah bahawa Perdana Menteri perlu Majlis Penasihat untuk ‘memandu’ beliau dan bahawa Perdana Menteri tidak boleh juga menjadi Menteri Kewangan.

 

Ramai orang biasanya memberi tumpuan hanya pada tindakan individu yang menyumbang kepada kesan keseluruhannya. Anda perlu mengambil beberapa langkah ke belakang dan melihat keseluruhan perkara itu. Jika anda berbuat sedemikian, maka anda akan dapat melihat gambaran yang lebih besar. Dan gambar yang lebih besar itu adalah Mahathir masih mahu mempunyai suara dalam bagaimana negara ini ditadbir dan beliau juga mahu kawalan secara langsung ke atas kewangan Malaysia.

 

Mahathir ada menjelaskan pada tahun 2014 mengapa beliau mahu Najib digulingkan. Mahathir berkata beliau cuba berbincang dengan Najib dan menasihati beliau tetapi Perdana Menteri itu tidak mahu mendengar nasihatnya. Perdana Menteri itu hanya mengabaikannya dan, apabila Mahathir terus-menerus mengganggu Perdana Menteri itu, Najib enggan bercakap dengan orang tua itu selama enam bulan dan tidak mahu menjawab panggilan telefon beliau.

 

Itulah yang Mahathir katakan. Beliau cuba untuk menasihati Najib. Najib tidak mendengar nasihatnya. Dan selepas itu Najib telah mengabaikan beliau selama enam bulan dan tidak mahu menjawab panggilan orang tua itu. Jadi sebab itulah, Mahathir menjelaskan, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menggulingkan Najib.

 

Jadi itulah sebenarnya. Itulah sebabnya, menurut Mahathir, mengapa Najib perlu digulingkan. Jadi, ini bermakna jika Najib tidak mengabaikan Mahathir dan tidak memutuskan silaturahim dan telah mendengar nasihatnya maka tidak akan ada sebab untuk menggulingkan Najib.

 

Jadi, selama hampir dua tahun, itulah yang Mahathir cuba lakukan: cuba untuk menggulingkan Najib. Tetapi satu percubaan selepas satu percubaan telah gagal dan Najib hanya mendapat lebih kuat (“Apa yang tidak membunuh anda akan menjadikan anda lebih kuat” (What does not kill you makes you stronger’), kata Kelly Clarkson).

 

Jadi sekarang, dengan mengambil kira apa yang Kelly Clarkson katakan, Mahathir telah berputus asa untuk cuba untuk menggulingkan atau membunuh Najib. Orang Inggeris mempunyai kata pepatah yang berbunyi: jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, sertailah mereka (if you cannot beat them, then join them). Dan itulah yang Mahathir mahu lakukan: cuba untuk menyertai Najib. Tetapi, sudah tentu, ia mestilah secara menang-menang, sebagaimana yang mereka katakan di AS. Jadi apakah situasi menang-menang yang dimaksudkan itu?

 

Tulisan di blog Mahathir semalam adalah satu lagi daripada banyak isyarat yang orang tua itu sedang hantarkan kepada Najib. Dan isyarat terkini Mahathir ialah: beliau bersedia untuk ‘berdamai’ dan membatalkan ‘kempen hapuskan Najib’ sebagai balasan untuk mendapatkan kejayaan (dalam peperangan semuanya adalah tentang mendapatkan kejayaan atau maju ke hadapan walaupun nyawa perlu dikorbankan). Dan ‘kejayaan’ itu akan menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan yang baru. Dan sebaik sahaja Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, Mahathir akan memastikan bahawa Malaysia mempunyai wang yang ia perlukan.

 

Kebimbangan utama Mahathir adalah bahawa Najib kini begitu kuat sekali dan beliau tidak mungkin akan menunggu sehingga 2018 untuk mengadakan pilihan raya umum yang seterusnya. Mahathir telah memberitahu orang-orangnya bahawa beliau mengesyaki Najib mungkin akan mengadakan pilihan raya umum akan datang pada awal tahun 2017, mungkin juga pada Mac atau April, yang mana hanyalah kira-kira enam bulan lagi.

 

Mahathir berkata, Bajet 2017 adalah ‘bajet pilihan raya’, itulah sebabnya mengapa ia begitu murah hati kepada rakyat. Bajet 2017 akan membantu Najib memenangi lebih banyak undi, rungut Mahathir. Jadi, itu hanya boleh bermakna pilihan raya umum akan datang akan diadakan pada separuh pertama tahun 2017. Dan itu bererti Mahathir tidak mempunyai banyak masa yang tinggal.

 

Mahathir percaya beliau perlu membuat perjanjian dengan Najib dalam tempoh enam bulan ini sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika Mahathir benar-benar boleh membawa masuk wang sebaik sahaja anaknya menjadi Menteri Kewangan, maka itu menjadi insentif untuk Najib. Tambahan pula, hakikat bahawa Mahathir tidak lagi merancang penyingkiran Najib dan akan membolehkan beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

 

Dan jangan lupa, 1MDB tidak lagi akan menjadi masalah buat Najib. Mukhriz akan mengambil alih ‘masalah’ itu dari Najib dan akan melakukan apa yang perlu dilakukan. Itu akan menambahkan lagi kebaikan daripada perjanjian itu. Sudah pasti Mahathir akan berhenti menyerang 1MDB kerana anaknya kini mengendalikan perkara itu.

 

Sementara Najib memikirkan tawaran Mahathir ini, ada perkara lain yang juga perlu dipertimbangkan.

 

Pertama adalah bahawa Pribumi Mahathir adalah sebuah parti yang lahir mati. Muhyiddin Yassin kini adalah liabiliti besar dan orang Melayu tidak mahu mendekatinya. Skandal seksnya dengan seorang wanita yang sudah berkahwin dan perceraian selepas itu, ditambah dengan khabar bahawa beliau telah berkahwin dengan Nika Gee (yang mana tiada satu pun yang telah dinafikan), telah memusnahkan kerjaya politik Muhyiddin selama-lamanya.

 

Pribumi juga tidak boleh mendapatkan 10,000 anggota, yang mana jauh berbeza dengan jumlah anggota PAN, yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli. Dan 20,000 anggota PAN itu sudah cukup teruk kerana mereka mensasarkan 250,000 ahli berdasarkan fakta mereka memenangi 20% undi dalam pemilihan parti PAS (dan 20% daripada 1.2 juta adalaha kira-kira 250,000).

 

Jadi kedua-dua Pribumi dan PAN adalah satu kegagalan yang besar.

 

Pada mulanya, Lim Kit Siang teruja untuk bekerja dengan Mahathir kerana lelaki tua itu berjanji akan menyelamatkan Lim Guan Eng daripada cengkaman SPRM. Mahathir memberitahu Kit Siang bahawa beliau mempunyai kawalan ke atas SPRM dan boleh memberitahu Abu Kassim Mohamed apa yang perlu dilakukan. Tetapi itu tidak berlaku dan kini ia kelihatan seperti Guan Eng akan dipenjarakan.

 

Insentif bagi Kit Siang untuk bekerja dengan Mahathir sekarang sudah tiada lagi. Tambahan lagi, Kit Siang kini menyedari bahawa jika DAP bekerjasama dengan Mahathir dan/atau Pribumi, maka orang Cina akan menghukum mereka seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar (dan dalam pilihan raya umum 1999 juga). Dan orang Cina boleh menjadi sangat tidak bertimbang rasa (mereka masih belum melupakan atau memaafkan peristiwa ’13 Mei’, yang berlaku pada 1969).
Tanpa perjanjian ‘Selamatkan Guan Eng’, tidak ada apa-apa tarikan untuk Kit Siang bekerja dengan Mahathir. Malah, mereka tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripadanya malah banyak yang boleh mereka hilang jika DAP bekerjasama dengan Mahathir atau Pribumi dan mereka akan kehilangan sokongan daripada kaum Cina. Jadi pintu Pakatan Harapan boleh dikatakan tertutup kepada Mahathir dan Pribumi melainkan jika mereka masuk melalui pintu belakang dengan menggabungkan Pribumi dan PKR.

 

Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersikap terbuka dengan penggabungan Pribumi-PKR. Tetapi mereka masih perlu berurusan dengan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah (dan juga ramai pemimpin anti-Mahathir yang lain dalam PKR, termasuk yang rapat dengan Anwar).

 

Jadi penggabungan Pribumi-PKR tidak akan menjadi mudah. Ia akan menjadi susah untuk mereka teruskan. Dan jika pilihan raya umum akan datang adalah pada awal 2017, seperti apa yang Mahathir syak, maka masa tidak memihak kepada mereka. Malah penggabungan PKN-PRM pada Ogos 2003 mengambil masa yang lama untuk berlaku walaupun Anwar, Wan Azizah, dan ramai pemimpin atasan PKR dan yang rapat dengan Anwar menyokongnya.

 

Malah, penggabungan PKN-PRM menyebabkan krisis di mana ramai yang rapat dengan Anwar – rakan-rakan dari universiti dan di ABIM – mengutuk parti dan meletak jawatan dalam keadaan marah. Omar Jaafar, seorang penyokong setia Anwar sejak zaman universiti mereka, mengadakan sidang akhbar dan mengutuk pemimpin PKR (pada waktu itu adalah PKN) sebagai munafik (orang-orang yang hipokrit).

 

Jadi, walaupun mereka secara serius mempertimbangkan penggabungan Pribumi-PKR, ia akan mengambil masa yang lama walaupun ia akan berlaku. Dan saya tidak akan memberikannya walaupun 50:50 kemungkinan bahawa ia bakal terjadi (kecualilah Azmin boleh mengambil alih dari Wan Azizah sebagai Presiden PKR). Dan tanpa kemasukan ke dalam Pakatan Harapan melalui pintu belakang, dan dengan Lim Kit Siang kini sepi terhadap Mahathir, mereka perlu mengambil laluan yang baru.

 

Walaupun Pribumi diterima ke dalam Pakatan Harapan tidak ada jaminan bahawa Mukhriz boleh menjadi Menteri Kewangan yang akan datang, apatah lagi Perdana Menteri akan datang. Untuk Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang adalah sesuatu yang sangat jauh untuk dicapai. Dan dengan hanya enam bulan lagi (sekurang-kurangnya itulah yang Mahathir percaya) seseorang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencapai sesuatu yang terlau jauh. Seseorang memerlukan sesuatu yang pasti. Dan satu perkara yang pasti adalah anda mendapat kuasa persekutuan hanya melalui Umno dan Barisan Nasional.

 

Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Menteri Kewangan akan datang, ia perlulah melalui Umno. Mukhriz perlu dibenarkan untuk kembali ke dalam Umno dan mesti diberi kerusi Parlimen untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dan selepas pilihan raya umum akan datang (dengan andaian Mukhriz menang kerusi itu, yang mana akan menjadi satu pertandingan empat penjuru sekurang-kurangnya) beliau kemudiannya akan dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru.

 

Dan jawatan Menteri Kewangan adalah kedudukan kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri – lebih berkuasa daripada Timbalan Perdana Menteri, yang mana Mahathir telah akui seawal tahun 1975. Ya, 41 tahun yang lalu Mahathir telah memberitahu orang-orangnya bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri ‘tiada nilai’ dan ia adalah lebih baik untuk menjadi Menteri Kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri.

 

Malah, semasa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ancaman pada tahun 1984, Mahathir mengeluarkannya sebagai Menteri Kewangan dan ‘menurunkan’ beliau kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mahathir tahu bahawa jika beliau membenarkan Tengku Razaleigh untuk kekal sebagai Menteri Kewangan, itu akan membuat beliau sangat berkuasa.

 

Selepas mengeluarkan Tengku Razaleigh, Mahathir melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan yang baru. Sebelum itu tidak ramai yang pernah mendengar tentang Daim jadi ia menjadi satu isu yang amat kontroversi. Wartawan bertanya kepada Mahathir pada sidang media mengapa beliau melantik Daim sebagai Menteri Kewangan. Mahathir menjawab bahawa Daim adalah sekutunya yang paling rapat dan paling dipercayai dan mengapa pula beliau mahu melantik musuh dan bukannya rakan yang dipercayai sebagai Menteri Kewangan beliau?

 

Jadi itulah sebenarnya. Mahathir tahu apa yang beliau lakukan walaupun semalam Nazri Aziz memanggilnya orang tua nyanyuk. Sejak tahun 1975, Mahathir tahu di mana kuasa sebenar selepas Perdana Menteri berada – dan beliau memberitahu orang-orangnya sedemikian. Pada tahun 1984, beliau membuat perubahan yang akan memastikan tidak ada yang dapat menggulingkan beliau dan beliau boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Jadi, jika Mahathir mahu menyelamatkan Boboi, hanya ada satu cara yang boleh melakukan seperti itu. Mukhriz perlu dilantik sebagai Menteri Kewangan akan datang.

 

Dan itulah tujuan tulisan blog Mahathir semalam. Mahathir sedang memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka beliau, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membayar untuk Bajet 2017 .

 

Najib kini perlu mempertimbangkan antara kepentingan politik dan keuntungan ekonomi. Jika beliau bersetuju untuk menjadikan Mukhriz Menteri Kewangan akan datang, terdapat beberapa kelebihan tertentu. Tetapi jika beliau hanya mengabaikan Mahathir, terdapat juga kelebihan. Jika Pakatan Harapan menerima Pribumi maka DAP akan mendapat kecaman daripada pengundi Cina. Sebagai parti bebas, Pribumi tidak boleh pergi ke mana-mana.

 

Mahathir dan Pribumi akan hanyut tanpa tujuan dan kemudian menghentam batu semasa ribut. Dan Najib mempunyai banyak masa di tangannya walhal Mahathir tidak. Itulah keseluruhan ceritanya. Dan ingat, kamu mendengar tentang cerita itu di sini dahulu.

 
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathir-asks-najib-to-allow-boboi-to-save-malaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.