Kadar GST Tidak Dinaikkan, Kekal Enam Peratus – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan sebagaimana digembar-gemburkan.

 

Perdana Menteri berkata, setakat 19 Oktober lalu, sebanyak RM30 bilion berjaya dikutip daripada GST.

 

Katanya, dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan ketika sumber lain berkurangan.

 

Sebagai rekod, kadar semasa GST ialah sebanyak enam peratus. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.