Giliran Premis ‘Ah Long’ Dibaling Cat Merah

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini kisah kediaman peminjam wang dibaling cat merah oleh ‘ah long’ kerana tidak melunaskan pinjaman, namun kali ini premis ‘ah long’ pula yang menerima nasib sama.

 

Kejadian tersebut berlaku di premis Pemberi Pinjam Wang Berlesen di Jalan Mamanda 7, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 4.45 pagi kelmarin.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun pihaknya tidak menemukan sebarang petunjuk.

 

“Tiada kerugian dilaporkan dan tiada saksi yang nampak kejadian ini berlaku. Hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal mengesan apa-apa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 

Bagaimanapun katanya, siasatan tidak akan diteruskan kerana kekurangan petunjuk. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.