Bajet 2017 : Rakyat Malaysia Boleh Nilai Sikap Pembangkang – PM

KUALA LUMPUR – Suasana di dewan rakyat menjadi riuh rendah apabila pembangkang didakwa tidak dapat menerima persoalan yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet  di dewan rakyat sebentar tadi.

 

Najib yang membangkitkan dakwaan pembangkang terhadapnya bahawa pelbagai tuduhan dilakukan oleh pembangkang berkaitan bajet negara.

Selepas itu, di dewan menerima respons negatif daripada semua ahli parlimen pembangkang yang berada di kerusi. Kesemua ahli parlimen tersebut berdiri dan menunjukkan poster MO1 ke arah Perdana Menteri.

 

Speaker yang telah meminta kesemua ahli parlimen itu untuk duduk bagaimanapun meminta jasa baik mereka untuk keluar sekiranya tidak mahu mendengar pembentangan daripada Perdana Menteri selaku Menteri kewangan.

 

Susulan itu Najib yang menyambung usul itu menyifatkan perkara itu adalah sikap sebenar yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang.

 

“Rakyat Malaysia boleh nilai sikap pembangkang pada hari ini,”katanya sebelum meneruskan pembentangan tersebut. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.